Category Archives: TERAS KAYU

PELATIHAN KAEDAH RAWATAN TERAPI JIWA.

Saya menerima SMS dari kakak yang datang rawatan tempohari. Beliau memberitahu penyakit resdungnya datang semula apabila mandi air rawatan. Saya mengingatkan beliau semula supaya bersabar ketika menjalani rawatan. Gangguan iblis datang dalam berbagai bentuk. Saya berpesan dulu supaya sabar, ikhlas dan pasrah. Inilah kunci kejayaan kaedah rawatan yang saya amalkan.

Kenapakah kaedah rawatan ini dinamakan Rawatan Terapi Jiwa. Orang yang mempunyai jiwa yang kuat saja dapat menghadapi sebarang dugaan samada yang berbentuk kesusahan atau kesenangan. Yang manakah lebih penting jiwa yang kuat atau minda yang kuat. Jiwa yang kuat lebih menghampirkan kita kepada Allah. Minda yang kuat tanpa kekuatan jiwa sebenarnya kita masih dalam kedudukan berkehendak iaitu dikuasi nafsu. Jadi bagaimanakah hendak menguatkan jiwa itu.

Ada dua kaedah zikir yang diajarkan. Zikirnya cuma Subhanallah sahaja. Zikir ini adalah perungkai kepada segala masalah. Ketika Allah mencipta arasy dahulu, para malaikat tidak dapat menongkat langit, maka Allah perintahkan malaikat menggunakan zikir Subhanallah barulah mereka dapat melakukannya.

Zikir nafas insan digunakan untuk membina sistem imunisasi dan ketahanan diri. Pesakit dikehendaki duduk samada diatas lantai atau kerusi dalam keadaan tenang. Pemusatan hendaklah pada nafas keluar dan masuk. Bernafaslah dengan nafas yang dalam dan perlahan. Apabila nafas disedut bayangkan kita juga mengikut nafas itu masuk. Apabila melepas nafas hendaklah seperti kita  melihat nafas itu keluar. Serentak dengan itu kita sebut Subhanallah di dalam hati. Kaedah ini akan memecahkan segala gangguan dalam tubuh badan kita. Selalunya akan berlaku getaran atau gerakan dalam tubuh orang yang sakit.

Untuk mengeluarkan segala tenaga negatif  dari tubuh badan kita pula, pesakit dikehendaki baring. Tangan kanan menutup pusat dan tangan kiri dibukakan disisi. Lakukan kaedah nafas yang sama. Pastikan kaki diarahkan ke tempat yang tidak boleh dilalui orang. Baring hendaklah diatas tempat yang rata dan beralas dengan tikar atau pun kain dan bukannya di atas tilam kerana tulang belakang akan membengkok. Insyaallah penyakit akan keluar dari tapak kaki dengan mengeluarkan bunyi letupan-letupan kecil pop! pop!

Zikir nafas insan itu sebaiknya di buat selepas Subuh dan Asar sementara Zikir Daun Kering itu dibuat ketika mana kita lapang. Dalam perjuangan menentang kejahatan ini hendaklah kita banyak bersabar, ikhlaskan diri dan pasrah dengan kesembuhan Allah. Hanya denga bergantung harap kepada Allah saja segala masalah termasuklah gangguan makhluk halus dan sihir dapat dihindarkan. Tidak ada kuasa pada makhluk. Sehebat manakah perawat? Tiada apa kelebihan langsung.

TAK MASUK AKAL

dsc_0119Pengetua sekolah agama menelifon malam tadi. Beliau mendapat maklumat tentang “ATIKAH”. Makcik rumah sebelah sekolah tiba-tiba tanya sekolah kena gangguan ka? Makcik tu kata Atikah sekarang ni menumpang di rumah dia. Mengikut cerita makcik ni kawasan sekolah tu memang tempat asal Atikah iaitu roh orang yang telah lama mati. Mati macamana  dia tak bagitau pulak. Makcik tu tolong sampaikan pesan Atikah, kalau tak mau diganggu kena buat solat hajat kat pokok dia duduk tu.

Hai makcik ni lain macam saja. Tak apalah, dia buat la kerja dia dan kita buat kerja kita. Balik dari sekolah tadi saya mesyuarat dengan pengetua dan Pengerusi sekolah. Kami putuskan tidak akan ikut kemahuan makhluk ini dan akan tentang dengan senjata rahsia. Dulu saya dah tawarkan pindah tapi datang balik dan ganggu anak-anak nak belajar agama. Memangdia berniat nak bermusuh jadi kita layan cara musuh.

ANAK MALAS SEKOLAH – Gangguan Ka Memang Malas

Sejak saya ke sekolah baru ni, dah dua kali saya melakukan lawatan ke rumah murid-murid yang dah berminggu tak datang sekolah. Murid pertama adalah murid Tahun 4. Dah dua minggu dia AWOL dari sekolah. Khabarnya pagi-pagi dia bersiap macam biasa, sampai di depan pintu rumah mula la keriau. Bapanya kata dah tak tau nak buat apa jadi saya bersama dua orang guru lain pun pergilah ke rumahnya.

Elok saja  saya tengok dia mengerekot atas katil. Bila nampak kami mula la nak nangis. Saya kata tak kira macam mana saya nak bawa jugak dia pegi sekolah hari tu. Bila dia nampak macam liat saya tiup ubun-ubunnya minta Allah lembut hati dia. Alih-alih dia bangun dan pergi bersiap. Elok saja dia kat sekolah hari ni.

Kes kedua saya pergi tadi bersama 2 3 orang cikgu lain. Yang ni mak dia kata kena jin tanah. Dah puas berubat merata. Apa nak jadi ni dah la tahun ni nak exam. Saya minta disediakan cuka dan lada, takut pulak betul ada jin tanah nanti. Bila saya ruqyah tak pula ada reaksi. Kawan saya beri dia makan lada baru dia nak termuntah. Saya tepuk-tepuk belakangnya bagi keluar semua.

Saya sediakan air ais untuk mandian dan sahabat saya mandikan dia, baru la dia nak break dance. Nasib la engkau. Lepas mandi kami bawa dia pergi sekolah. Nampak macam elok saja waktu rehat tadi di kantin. Kira boleh la angkat tangan suap nasi ke mulut.

Suka saya tekankan hal pergi sekolah ni sepatutnya tiada kompromi unless you’re hospitalised or bedridden. Kalau boleh macam biasa pergi je la sekolah. Ibubapa jangan manjakan sangat anak-anak. Sebagai tanda kita sayang anak kita paksa la dia ke sekolah.. Kalau ya pun ada gangguan jangan kita perbesarkan, lagi la besar iblis tu. Hadis nabi meriwayatkan kuda nabi pernah ditendan ibils dan terjatuh. Ada sahabat berkata ini angkara syaitan. Nabi menegahnya kerana kata Baginda bila kita berkata begitu iblis akan jadi ‘merak’ dan angkuh sebaliknya berzikirlah nanti iblis akan jadi sebesar lalat…………