SIMPLE KADANG-KADANG LEBIH BAIK

Tulisan ini saya coretkan selesai saja perlawan antara Cameroon dan Denmark. Selalunya saya tak tengok bola yang disiarkan larut malam. Tapi malam ni saya tak dapat melelapkan mata kerana rasa mencucuk di bahu kanan yang sudah dua malam saya deritai. Saya dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan bahu saya ni jadi saya cubalah merawat diri sendiri. Hai sapa pulak main cucuk-cucuk ni.

Berbalik kepada kisah bola tadi, ada yang dapat kita pelajari sebenarnya. Cameroon satu pasukan yang begitu cantik permainannya. Semua gerakan di orkestrakan supaya penonton terhibur. Sedangkan Denmark main bola simple football saja. Jadi tak bermakna permainan bagus boleh menang game. Bolasepak bukan gimrama. Sapa gol banyak dia la pemenang. Kalau gimrama atau tarian boleh la kira mata untuk gerakan.

Jadi dalam kehidupan seharian, kita tak perlu terlalu detail hinggakan kita lupa matlamat utama kita. Terlalu membincangkan bab furu’ sehingga hal-hal ‘aqidah diabaikan. Padan la ramai yang buang anak merata-rata. Dalam bidang rawatan pun janganla terlalu dramatik sangat. Memang la bagus kalau niat untuk iklan tapi awas niat jangan tersasar. Nanti riak pula. Saya suka cara Ustaz Harun Din, simple saja. Cukup sekadar Fatihah dan tepuk-tepuk sikit dah selesai.