EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE (EFT)

logo-soultherapy3Kebelakangan ini banyak sekali teknik-teknik psikologi dari Barat yang digunapakai oleh perawat-perawat Timur. Teknik-teknik ini termasuklah NLP, Applied Kenesiology, EFT – sekadar menyebut beberapa nama. Yang baiknya kita, terutamanya pengamal-pengamal Islam mengaplikasikan teknik-teknik ini dengan mengutamakan Tauhid. Seperti juga perawatan moden atau tradisional serta rawatan alternatif lainnya, paksi utama kita umat Islam adalah mengEsakan Allah. Bukan saja berjumpa bomoh boleh syirik, makan Panadol pun silap-silap boleh jatuh syahadah kita.

Saya diperkenalkan kepada EFT yang diasaskan oleh Gary Craig ini oleh seorang teman yang sebelumnya belajar dengan seorang profesor dari UUM. Baru-baru ini pula saya ikut serta dalam Workshop SEFT anjuran ProMind Solutions yang diketuai oleh Dr Yusuf. Spiritual EFT ni seperti EFT dah masuk Islam lah lebih kurang.

Apabila saya timbang-timbang EFT ni boleh disepadukan dengan konsep Terapijiwa yang saya bawa maka saya juga tidak mahu ketinggalan mengamalkan  ilmu ini. Sudah pasti saya akan sepadukan dengan teknik-teknik Terapijiwa saya. Mungkin saya akan panggil Soul EFT pulak lepas ni. Malahan untuk kes-kes rawatan saya kebelakangan ini pun sudah saya praktikkan kaedah Soul EFT ini. Alhamdulillah hasilnya juga memberangsangkan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Kalau Allah tak izin apa pun tak boleh jadi.