ANGKARA SAKA DAN SIHIR

logo-soultherapyHari ini datang satu keluarga dari Parit Buntar ke rumah. Tiga buah kereta datang. Ingatkan ada orang nak datang pinang anak saya – mana boleh baru darjah lima. Mana ada, melawak saja.

Khabarnya anak lelaki sahabat kita ni menghadapi masalah serupa ketumbuhan di wajahnya. Perubatan moden gagal mengesan masalahnya. Apabila diperiksa puncanya adalah saka keturunan. Tak apalah dik, ikut arahan yang telah dinyatakan insyaallah Allah akan menolong orang yang dekat kepadanya.

Tiba-tiba bapa saudaranya pula minta tolong tengokkan adik perempuannya. Khabarnya selalu kerasukan. Masuk saja dia ke dalam bilik rawatan saya dah rasa ada tak kena. Saya suruh dia cium atar kasturi dan terus bersembang dengan tetamu yang lain. Sambil bersembang saya lihat dengan ekor mata wanita ini sudah pun dalam dunia yang lain. Saya buat-buat tanya wangi ka? Saya tanya lagi kenapa kedua-dua ibu jarinya bergetar terus dia rebah dan menjerit-jerit.

Habis diceritanya semua. Macamana boleh percaya ka dia ni? Dengar boleh percaya jangan. Dia mengaku dirinya Iblis Laknatullah. Akhirnya saya sedarkan pesakit dengan AA II UU. Kedua-dua beranak tadi saya arahkan untuk buat zikir Nafas Insan dan Daun Kering serta mandi dan minum air tawar yang saya bekalkan. Minyak Morhabshi pun saya bagi. Insyaallah rapatkan diri kepada Allah dengan Zikir Subhanallah tu.

Malamnya pula datang sahabat yang baru saya jumpa tempohari. Isterinya dah dua bulan meragam. Kawan kita ni dah la kerja jauh. Sekali-sekala balik Penang nak la bermesra macam orang lain. Jangan kata bermesra tegur suami pun tidak. Kata letih tapi main talipon sampai ke pagi boleh pulak. Tak apalah bang anggap saja dugaan Allah. Saya ajar dia amalan untuk kukuhkan diri dan buang perkara dalam diri. Insyaallah Allah akan tolong kita.

Satu lagi nak beritahu penyertaan untuk Bengkel Terapijiwa sudah pun ditutup. Ramai-ramai nanti susah nak pantau. Lain kali kita berbengkel lagi. Insyaallah.