ALAHAI ANAK OMAK

logo-soultherapy1Hari ni menambahkan lagi pengalaman dalam hidup saya sebagai guru bimbingan dan kaunseling. Selepas sarapan tadi Guru Besar panggil saya dan Cikgu Raihan berbincang tentang pelajar Tahun 6 yang dah lama tak datang sekolah tu. Rupanya mak dia dah buat cerita yang saya ni siasatanak dia sampai yang tak patut-patut. Nasiblah GB faham tugas saya macamana. Cuma dia minta saya prepare laporan betul-betul.

Selepas itu saya minta izin GB untuk buat lawatan ke rumah pelajar. Dah seminggu tak datang sekolah. Selama ni walaupun dia nakal dan bermasalah, dia tak pernah ponteng. Sebagai guru saya risau. Saya pergi bersama seorang lagi guru bimbingan yang baru. Puas kami bagi salam dan ketuk pintu barulah neneknya buka pintu. Dengan selamba nenek dia bagitau cucu dia dah seminggu tak balik rumah. Tak report polis ka, budak bukan besar baru 12 tahun. Kalau jadi apa-apa macamana. Cikgu tolong la pegi report saya segan nak ke balai sebab orang kata macam-macam. Saya memang dah geram. Apa punya jawapan la.

Tanpa berlengah saya ke balai dan buat laporan orang hilang. IO Balik Pulau minta saya datang untuk ambil keterangan. Sedang saya berbincang dengan IO neneknya talipon kata pelajar ni dah dijumpa orang dekat Surau kompleks beli belah. Pelajar ini dihantar ke rumah ibu kandungnya. Pihak polis minta saya ambil bawa ke balai. Bila saya pergi ke sana nak tau apa mak kandung dia kata, “Bukan saya tak mau jaga tapi kalau cikgu dapat urus masuk rumah kebajikan lagi bagus”. Saya macam nak terduduk mendengarnya.

Pendek cerita saya bawa anak ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bila mesyuarat bersana neneknya lain pulak jadinya. Orang tanya nak tolong yang nenek ni pulak mengamuk, apa punya perangai la. Siap kata nak bunuh bunuh budak ni la. Bila jadi macam ni polis pun masuk campur la. JKM pun tanpa banyak bicara tahan sementara untuk dilindungi di rumah kanak-kanak.

Di manakah rasa kasih dan sayang. Apa yang saya dapat perhatikan inilah bahana seks bebas dan kurang didikan agama. Nenek dengan anak sama naik yang cucu jadi mangsa. Si bapa mana tanggungjawab mu…..

Ya Allah selamatkan murid ku ini.