LAMA TAK MANCING

Dah masuk Jun saya masih belum ada kelapangan nak mancing. Lama sungguh hobi yang saya minati ni tak dapat dilakukan. Memang gatal tangan nak mancing tapi masa tak mengizinkan. Saban hari ada saja temujanji dengan orang yang berhajatkan bantuan. Kita dahulukan orang lain dululah. Mancing tu bila-bila boleh.

Tapi tadi ajakan rakan setugas tidk dapat ditolak lagi. BaiIk sekolah tadi saya ajak isteri ikut sama. Kita ke kolam memancing Mai Fishing yang baru sebulan dibuka di Sungai Burung. Dari cerita sahabat banyak ikan di sini. Ada rohu, patin, pacu dan lain-lain. Semuanya lebih sekilo. Ni kena cuba ni tapi saya tak tau bancuh dedak. Afizie! hang tolong aku no. Ni le gambar-gambarnye…………….

Yang syoknya semua dikongsi dengan jiran. Siap tolong siang lagi. Paling best maksu kata malam ni cikgu masak nasi saja, maksu buat masak tempoyak. Ni la sebabnya saya suka duduk kampung.

p6020085

p60200731

p6020084

p6020089

p6020092

p60200971

p6020098