Ilmu Batin

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seorang kawan datang ke rumah menceritakan halnya yang sakit. Tetapi dia sendiri pun tak tahu apa yang dideritainya. Tanya pada saya, lagi la saya tak tahu sebab saya tak merasa apa yang beliau rasa. Lagipun saya bukan doktor. Dipendekkan cerita beliau meminta saya mengubatinya tapi adakah daya saya manusia biasa yang bukan doktor untuk mengubati beliau? Saya kesian juga sebab beliau memang kelihatan menderitai sesuatu penyakit. Saya kata yang berkuasa keatas sesuatu hanyalah Allah. Kita tiada daya upaya melainkan mengharapkan pertolonganNya. Saya pegang tangannya dan memberi saranan bahawa saya sedang mengubati sakitnya dan setelah itu saya berikan air sebotol untuknya minum bila balik nanti. Continue reading

Jalan Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama setelah kali terakhir saya menulis. Harap-harap selepas ini masa menyebelahi saya. Tadi saya menghubungi guru saya Paklang Basir di Kajang. Cuma bertanyakan khabar dan bertukar-tukar cerita dan perkembangan terkini. Ingatannya kepada saya, jalan kita jalan diri, diri kitalah yang membawanya. Masih saya ingat lima belas tahun dulu bila saya mula berjumpa dengan beliau, pesannya gunalah tiga perkara ini, akal yang waras, perbuatan yang betul, masa dan ketika yang tepat. Continue reading

Berkorban atau Terkorban

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Syukur terima kasih Allah. kita dapat bertemu semula. Dapat juga saya menulis lagi. Syawal hampir berlalu dan tidak lama lagi ramai kaum kerabat kita akan ke Tanah Suci untuk menunaikan fardhu Haji. Tahniah kita ucapkan kepada jemaah yangterpilih ke Tanah Suci, bukan saja dipilih oleh Tabung Haji tetapi sebenarnya kita dipilih Allah. Raya haji ini kita mesti tidak dapat lari dari ibadah korban. Sebenarnya dalam hidup kita pun kita mesti sentiasa berkorban. Dalam konteks pengajian kita ini pun kita kena berkorban. Dalam mencapai kemantapan jiwa pun kita kena bermujahadah. Continue reading

FB: Si Alangjingga Phone:0164768850