Tentang Diri

Saya seorang guru  di sebuah sekolah di utara tanah air . Walaupun saya seorang guru tetapi minat saya yang mendalam dalam Ilmu Kebatinan dan Perubatan Alternatif membawa saya mengembara ke seluruh pelosok tanah air. Bermula mengikut kawan-kawan belajar silat ketika di universiti sehinggalah sanggup mencari bijak pandai agama yang tahu selok belok perubatan Islam.

Sehingga kini masih belajar kerana ilmu tidak akan habis dituntut sehinggalah mata tertutup. Dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi pengetahuan yang ada supaya ilmu yang ada dapat dimanafaatkan bersama. Segala teguran dan tunjuk ajar dari tuan-tuan amatlah saya hargai.

Saya beranggapan muda-mudi kita hari ini perlu lebih didekati. Mereka pun ada keinginan untuk membuat kebaikan. Kadang-kadang persepsi dan pembawaan menjadi kekangan kepada komunikasi. Contohnya seorang pemudi yang ‘up to date’ kemungkinan rasa malu hendak mengadu hal kepada seorang alim yang berjanggut dan berjubah dan berserban. Jadi saya rasa di sini saya boleh membantu. Target saya sebenarnya golongan muda yang mencari identiti. Yang tercari-cari ‘jalan yang lurus’ itu. Insyaallah dengan bantuan Allah Taala kita sama-sama mendapat keredhaanNya.

 

Leave a Reply

FB: Si Alangjingga Phone:0164768850