Joran,Jala & Jaring

pa310004

Ni lah kerja bila tak ada hal-hal lain yang memerlukan penekunan. Pada saya memancing adalah satu terapi. Banyak rahsia dalam hobi ini yang boleh meningkatkan kefahaman tentang diri serta alam kejadian Allah SWT. Jika kita mahu mengamati kejadian Tuhan maka kita akan ketemu dimana saja kita melihat.

pa310005

Ni ikan nyet-nyet spesis duri macam ikan baung tapi kecik dan dianggap sebagai pengacau oleh kebanyakan pemancing. Jangan dianiaya makhluk Tuhan ini kerana dia pun dikurniakan Allah nyawa seperti manusia. Belajarlah menghargai jiwa. Jika kitatak mau lepaskan semula agar ia lepas bebas dalam habitatnya.

pa310007

Tersenyum sahabat saya Abang Ramli dengan keli afrikanya. Sedap kalau digoreng  sambal.

pa310010

Seperti ikan nyet-nyet tadi, anak kecil ini juga sudah ditentukan Allah rezekinya. Sepanjang saya memancing dah dua ekor keli dia dapat. Tak payah pun guna setpancing yang mahal-mahal. Umpan pun dia mintak dari saya.

pa310012

Siapalah gerangan tuan punya keli ni. Nampak sepadan warna kuning baju dengan ikan ha ha ha……

pb010018

Ni anak saya yang kecik…..ada gaya pemancing tak? Besar besok mungkin dia juga akan mengikut jejak langkahku. Ikut yang baik saja anakku….jangan ikut kelalaian dan kesilapan ayah……….

Leave a Reply

FB: Si Alangjingga Phone:0164768850