Jalan Ke Alam Roh?

Ramai yang bertanya berapa lama masa yang perlu diambil untuk menguasai meditasi dan masa yang di perlukan untuk melakukan meditasi. Sebenarnya untuk menguasai kaedah meditasi super sedar bukan sesuatu yang mudah. Ramai yang cuba melakukan namun tidak dapat mencapai matlamat yang diinginkan.

Perlu saya tekankan sekali lagi, meditasi sememangnya baik untuk kesejahteraan jiwa namun jika kita tersilap melakukannya ia mampu memberi kesan negatif dalam jangkamasa panjang. Ini kerana tanpa mereka sedari kadar penambahan dalam ketegangan, kemurungan, kekeliruan atau kegelisahan akan berlaku.

Menjawab satu e-mail mengenai masa yang diperlukan untuk menguasai meditasi Islam, saya telah merumuskan satu formula khusus yang begitu praktikal supaya setiap peserta tidak kira samada mereka yang baru mencuba meditasi atau mereka yang telah lama mahupun mereka yang mempunyai pelbagai penyakit samada spiritual mahupun medik mampu menguasai tahap gelombang theta dalam masa beberapa jam.

Ramai juga yang bertanya mampukah meditasi mengubati penyakit spiritual seperti saka dan sihir. Sebenarnya meditasi super sedar mampu memulihkan masalah spiritual kerana apabila seseorang yang telah dilatih untuk mencapai kekuatan jiwa (bukan kekuatan minda) beliau akan berada dalam kondisi yang begitu sihat secara spiritualnya. Ketenangan jiwa adalah satu empangan tenaga yang tiada batas. Apabila ketenangan jiwa dicapai, pancaran rohani seseorang akan memberikan anjakan paradigma yang besar yang bukan sahaja mampu memulihkan masalah spiritual tetapi mampu mengubah corak kehidupan peribadi kerana setiap tuturkata dan perbuatannya datang dari jiwa yang tenang, kuat dan mantap.

Setelah kita mengupas halangan kepada kejayaan meditasi, kita juga bagaimana untuk mencapai matlamat meditasi dengan pantas. Ini kerana pada zaman yang serba cepat semuanya harus berlaku dengan pantas dan praktikal kerana hampir kesemua dari kita begitu sibuk sepanjang hari.

Imam Ibnu Qayyim berkata “barangsiapa yang diberi makanan berupa zikir serta bersih dari penyakit duniawi kemudian diberi minuman berupa tafakur (meditasi) maka dia akan memperolehi pelbagai hikmah” Formula yang saya rumuskan untuk mencapai ketenangan jiwa dalam masa yang pantas melalui kaedah meditasi Islam yang dikembangkan hanya akan membuahkan kejayaan jika sekiranya setiap peserta tersebut mampu membuang penyakit duniawi. Saya menumpukan kepada tiga jenis penyakit duniawi yang terlalu banyak membuangkan tenaga kita serta membuatkan fikiran kita menjadi korup. Perjalanan minda super sedar ialah masuk ke dalam diri manakala minda bawah sedar pula menuju ke arah yang bertentangan. Justeru, penyakit duniawi yang akan saya kupas akan menarik fikiran serta emosi ke arah yang bertentangan dengan minda super sedar.

1. Irihati
Penyakit yang pertama yang wajib dibuang ialah irihati. Irihati yang dimaksudkan ialah irihati yang bersifat negatif. Jika kita merasa irihati dengan kejayaan seseorang itu dan cuba memperpaiki diri agar berjaya sepertinya ianya suatu yang positif. Tetapi jika kita irihati dan memikirkan jalan yang mampu merosakkan kejayaan seseorang itu agar kita dapat dilihat berjaya, ianya sertus peratus negatif. Sifat irihati yang negatif ini akan membawa bebanan fikiran. Seseorang itu akan sentiasa memikirkan tentang jalan ataupun kaedah yang membolehkan dia menjatuhkan seseorang. Fikiran negatif yang sebegini akan menjana satu bentuk emosi negatif dan seterusnya membuatkan seseorang itu bersikap merosakakn. Dalam kaedah super sedar kita harus duduk merenungkankan ke dalam diri untuk memperbaiki diri dan bukannya merenungkan kaedah kemusnahan orang lain.

2. Dendam
Terdapat salah seorang peserta saya yang telah menghadiri latihan meditasi Islam dan berjaya mencapai matlamat meditasi pada hari kursus. Tetapi seminggu selepas itu beliau menghubungi saya kembali kerana menurutnya beliau gagal mencapai ketenangan jiwa dua tiga hari kebelakangan. Apabila kami bertemu dan melakukan meditasi bersama, apa yang dapat dilihat ialah sifat dendamnya kepada bekas rakan kongsinya. Menurut beliau, beliau telah difitnah dan ditipu oleh rakan kongsinya, maka sebab itu beliau berazam membalas kembali setiap perbuatan temannya agar semua orang tahu keburukannya. Ikatan emosi dendam inilah yang merosakkan fikiran serta membawa emosi negatif. Walaupun beliau duduk bermeditasi namun fikirannya tanpa sedar memikirkan jalan untuk membalas perbuatan temannya itu. Hal ini begitu merosakkan kerana selagi kita terikat dengan dendam selagi itu kita terbeban dengan hidden emotion. Sebenarnya telah banyak pembuktian yang saya lihat jika sekiranya seseorang itu benar-benar mencapai kekuatan jiwa, maka pelbagai keinginannya termasuk ingin melihat kebenaran terlaksana akan tercapai. Apa yang perlu ialah jangan mengikat diri kita dengan sifat dendam walau sedikitpun.

3. Sangka buruk
Satu lagi sikap yang perlu dikikis dari kehidupan seharian ialah sangka buruk. Orang yang selalu menyangka buruk terhadap seseorang akan mempunyai satu sikap negatif iaitu gelisah jiwa. Orang yang selalu sangka buruk pasti memikirkan orang lain juga menyangka buruk terhadap mereka. Hasilnya mereka akan terfikir-fikir bagaimana untuk membuktikan sangkaan mereka benar. Ini satu lagi sikap yang membuatkan kita berfikir untuk orang lain dengan lebih banyak daripada memikirkan diri sendiri. Segala tenaga positif yang ada digunakan untuk memikirkan orang lain dari sudut negatif.
Wajah mereka yang selalu mempunyai penyakit-penyakit duniawi ini selalunya tidak ceria dan muram. Jika anda ingin mencapai ketenangan jiwa maka hilangkanlah penyakit duniawi ini maka kita akan memperolehi pelbagai hikmah. Pelbagai hikamah yang dimaksudkan bukanlah hanya terlakluk kepada satu bidang sahaja. Ramai yang memberi definisi pelbagai hikmah ini sebagai satu kelebihan dalam bidang pengubatan alternatif. Tidak, pelbagai hikmah bermakna jika kita seorang ahli perniagaan kita akan mendapat pelbagai hikmah untuk berniaga contohnya idea yang bernas, strategi yang canggih dan lain-lain kebaikan kompetitif. Begitu juga jika kita seorang penulis misalnya, kita akan dapat berkarya dengan lebih menarik melalui bentuk penulisan. Janganlah kita kecilkan takrifan pelbagai hikmah dalam satu bidang sahaja kerana ia pasti tidak dapat membantu kita untuk membina jati diri yang sempurna. Jika anda seorang pendidik maka jadilah pendidik yang heba.Jika anda seorang salesman maka jadilah seorang salesman yang hebat.Kesemuanya mampu dicapai dengan jiwa yang tenang, kental dan mantap.

Dr Azhar Hj Sarip

Comments

comments

Sorry, the comment form is closed at this time.

   
© 2012 Rawatan & Pemantapan Jiwa Suffusion theme by Sayontan Sinha