GANGGUAN SAKA KELUARGA

Angkara SakaHari ini memberikan pengalaman menarik kepada saya. Petang tadi saya menerima panggilan dari seseorang yang tidak dikenali. Ceritanya keluarganya di timpa masalah berkaitan saka. Sejak kebelakangan ini keluarganya sering diganggu bayangan-bayangan aneh dirumah. Saya diberitahu bahawa nenek mereka mempunyai saka dan sudah mula mengganggu keluarga mereka.

Untuk memastikan cerita ini, saya mula meruqyah nenek tersebut dan cucu kesayangannya. Nenek tidak memberikan sebarang reaksi tetapi jantung cucunya berdegup kencang. Saya mengarahkan ahli keluarga untuk memandikan nenek dan cucunya. Si nenek tetap tidak memberikan reaksi tetapi si cucu menjerit dan menangis kesakitan. Saya menerangkan perkara-perkara yang perlu dilakukan seperti amalan zikir dan bacaan ayat al Quran pemutus saka.

Apabila saya bersiap hendak pulang ,seorang anak kepada nenek ini memberitahu anak gadisnya sudah beberapa tahun menghidap batuk-batuk. Mereka juga ada seorang anak yang kurang upaya. Apabila saya mula meruqyah tiba-tiba anak yang kurang upaya ini menjerit kerasukan. Saya mula membacakan ayat-ayat ruqyah dan gadis ini mula meracau.Enam orang lelaki menahan rontaan gadis ini.  Katanya dia datang dari hutan, dah lama tak dijamu. Dia nak makan telur katanya. Apabila disiksa dengan lada hitam dan dirotan sudah banyak kali jin ini kata nak keluar tapi tak juga keluar.

Dua kali saya berhenti untuk solat Asar dan Maghrib. Saya mengambil keputusan untuk memandikan gadis ini. Dengan dibantu ahli keluarganya saya mandikan dia dengan mandian ais. Setelah mandi rontaannya mula lemah. Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Setelah gadis itu sedar saya mengambil keputusan untuk menangguhkan sesi pengubatan ini ke sesi seterusnya. Saya meninggalkan pesan supaya mereka sekeluarga mengamalkan zikir dan amalan-amalan lain yang saya arahkan. Rawatan akan disambung pada Isnin depan.

Comments

comments