CERITA RAWATAN DATANG LAGI

Cuti sekolah baru-baru ini kami sekeluarga pulang bercuti ke Sarawak. Kebetulan adik saya Muhammad Helmi akan melangsungkan perkahwinan. Seronoklah anak-anak nak balik ke kampung berjumpa sanak saudara. Dua minggu di Sarawak dipenuhi dengan aktiviti sebelum dan selepas kenduri sahaja.

Dalam pada bercuti dan sibuk dengan persiapan majlis kahwin sempat juga saya dipanggil merawat beberapa orang pesakit. Ada beberapa kes rawatan serta perbincangan dengan pengamal paranormal yang boleh dikonsi bersama pembaca.

Akan saya ceritakan kisah-kisah ” Hantu Si Manang “, ” Pukau Beracun ” serta saka yang menjadi aktif dan memporak perandakan kehidupan rumahtangga sahabat saya sendiri.