SUDAH-SUDAHLAH

Dua minggu saya menguruskan sepupu kepada isteri saya yang menjadi seperti orang gila. Beliau seorang usahawan kereta sewa di pulau Langkawi. Masih muda dan mentah dalam kehidupan. Business sedang naik tiba-tiba bala menimpa.

Amat malang sekali usahawan Melayu tidak mampu bersaing secara sihat. Hanya kerana irihati mengambil jalan mudah..tanpa memikirkan kesan pada orang lain dan dirinya sendiri. Mungkin juga ada kesilapan tutur kata disebelah adik ini tapi sangatlah tidak wajar menggunakan sihir keatas dirinya ataupun kepada sesiapa pun.

Saya bukanlah seorang yang hebat tapi sebagai manusia saya berusaha dan maafkan saya andai usaha saya menyusahkan anda. Saya berpegang dengan ajaran guru saya…tanpa prasangka..jikalau hikmat iblis..pulang ke tulang otak roh iblis..jikalau hikmat jin..pulang ke tulang otak roh jin..jikalau hikmat manusia..pulang ke tulang otak roh manusia….