KESAN SAMPINGAN KE ATAS PEMBANTU

Malam tadi sewaktu bersembang-sembang dengan Mat Khir, Ustaz Hakin menalifon memberitahu akan ke rumah. Beliau datang bersama sahabatnya yang saya kenal..salah seorang yang tolong pegang pesakit yang kerasukan dalam cerita sebelum ini. Dipendekkan cerita…sewaktu menolong memegang rakan mereka yang kerasukan tempohari..pesakit telah menggenggam kuat jari telunjuk sahabat ini dan merenungnya dengan tajam. Sahabat ini kesakitan sehingga sukar bernafas. Saya leraikan pegangan pesakit dan terus merawat pesakit yang kerasukan.

Rupa-rupanya sahabat yang dipicit jarinya tadi ada cerita tersendiri. Sewaktu balik kerumah anak kecilnya menangis. Ibu saudara yang duduk bersama beliau juga terganggu. Katanya badan seperti digigit-gigit sehinggakan beliau terpaksa memindahkan ibu saudaranya ke rumah saudara lain buat sementara.

Saya lumurkan minyak kemuning dan mula membacakan Nurun Nubuwah sambil merasa gerak nadinya. Begitu kuat sekali getaran nadi beliau. Setelah ditarik keluar,nadinya kembali normal. Saya menyuruh sahabat melumatkan daun gemunggal dan menyapu di tempat yang sakit tadi. Rasa pedih seperti luka katanya. Saya sarankan beliau balik nanti mandi dengan air daun munggai.

Apakah yang terjadi pada sahabat ini sebenarnya. Iblis dan konco-konconya telah mengambil peluang diatas kealpaan manusia. Ketika kejadian rasukan itu, makhluk jahat ini mengambil peluang menyelinap kedalam urat darah sahabat yang mungkin ketika itu tidak focus disebabkan rasa takut dan sebagainya. Sebab itu saya selalu menekankan kepada sesiapa yang hadir supaya perbanyakkan salawat. Tempias gangguan ini memang ada berlaku. Kita sebagai manusia perlulah sentiasa waspada.Takut dan bimbang adalah lumrah manusia tetapi tidak boleh terlampau. Berani pun jangan terlampau……jangan kita pula yang menerima geruh..

SAKA DAH TURUN..

Assalamualaikum…..Petang kelmarin saya mendapat panggilan dari Ustaz Azeez mengatakan kakanya jadi tak ketahuan di Jerlun. Beliau datang mengambil saya dirumah. Sebelum bertolak saya kepak rantin munggai bersama daunnya. Saya dapat rasakan saya akan memerlukannya di sana nanti.

Sesampainya di pintu rumah pesakit, sudah kedengaran pesakit menjerit-jerit. Saya tenang-tenang dulu di luar rumah. Maklum saja di dalam rumah mungkin ada aurat yang hendak dijaga. Setelah anak pesakit menjemput saya masuk baru lah saya ke dalam.

Pesakit sedang meronta-ronta sambil di pegang oleh ahli keluarganya. Saya dapat melihat beras bertaburan di bilik pesakit. Kesan dukun sebelum saya lah tu…Kedengaran CD Ruqyah sedang dimainkan. Rontaan pesakit semakin kuat. Mengikut pengalaman saya sebelum ini…kes seperti ini adalah proses penurunan saka kepada warisnya….

Saya lumatkan sedikit daun munggai dan dekatkan kehidung pesakit….rontaannya yang kuat menjadi lemah. Proses rawatan seperti biasa sehinggalah pesakit berjaya dimandikan. Ketika ini saudara-mara pesakit dari jauh dan dekat telah tiba. Pesakit sudah tertidur setelah dimandikan.

Usai solat maghrib di surau sebelah rumah..abang pesakit yang sulung memulakan cerita. Ibu mereka mewarisi ilmu bidan dari nenek mereka. Ketika ini ibu mereka sedang sakit..patutlah…saka bidan mencari perumah baru..sementelah pesakit adalah anak perempuan tunggal. Sebulan sebelum ini pesakit sudah bermimpi merawat ibunya sendiri. Cara saka ini diturunkan adalah melalui mimpi. Untuk kes ini pesakit bermimpi disuap nasi oleh ibunya.

Macam-macam cara iblis menyesatkan manusia. Pagi ini waris pesakit memberitahu pesakit sudah pn kembali normal………pasti akan ada sambungannya nanti..

DAUN MUNGGAI@KELO

SULUR BERTAM

SULUR BERTAM @ KWAN YIN BAMBOO

Saya menggunakan sulur bertam untuk memukul di bahagian-bahagian tertentu badan pesakit gangguan jin. Insyaallah jin akan memunculkan diri kerana tidak tahan dengan bisa sulur bertam ini. Mudahlah bagi perawat untuk bertindak selanjutnya.

Masyarakat cina percaya sulur bertam boleh mengelakkan dari impact accident. Pun begitu sulur bertam ini baik untuk saraf dan perjalanan darah. Janganlah dipukul sembarangan atau suka-suka nak cucuk orang dengan sulur bertam ni. Hang kebal macamana pun kalu kena sulur bertam insyaallah tembus dn muntah darah. Jadi tak ada gunanya kebal sebab nabi pun biasa patah gigi.