UPAH RAWATAN DI TERAPIJIWA

Kerapkali saya ditanya berapakah upah untuk merawat pesakit. Selalunya terpulanglah kepada pesakit. Timbul masalah apabila pesakit bertanya kembali kepada kita dan mengatakan mereka serba salah nak beri berapa. Lebih lagi menjadi masalah ialah pesakit jarak jauh yang saya sendiri pun tak kenal. Selalunya rakan-rakanlah yang forwardkan mereka ini.

Untuk memudahkan urusan dan supaya semua orang berpuas hati saya dengan rasa berat hati menetapkan upah untuk penyakit akibat sihir dan gangguan jin serta penyakit berat adalah RM77.00. Sementara penyakit biasa adalah RM35.00. Pun begitu untuk pesakit yang tidak berkemampuan terpulanglah kepada anda untuk menentukan sendiri. Saya niat sedekah saja. Dan jika anda tidak berkemampuan pun Terapijiwa tetap mengalu-ngalikan kedatangan anda. Saya tetap akan merawat anda seperti saya merawat pesakit yang lain. Insyaallah Allah beri saya ganjaran yang lain.

Setakat ini saya hanya kenakan RM35 untuk minyak kemuning sahaja. Saya harap semua pihak akan berpuas hati.