Batu Kelapa

Saya ke Nat Pokok Getah kelmarin. Macam-macam ada jual di sini. Sewaktu hendak balik ke kereta saya terlihat seseorang menjual batu cincin. Di atas meja ada 3 biji buah kelapa tua. Beliau menjual batu cincin yang dicanai dari isi buah kelapa tua yang keras seperti batu. Banyak khasiat terutamanya untuk sihir dan racun. Saya beli 2 butir untuk kajian. Tapi saya tetap bersangka baik kerana tidak mungkin seorang Islam sanggup berbohong di bulan yang mulia ini. Katanya dari Dungun. Buah kelapa tu pulak dari pokok kelapa bercabang empat. Saya cuba Google dan ada jual di Haha Sale RM40000 sebiji. Ada juga saya jumpa gambar di internet orang jual benda yang serupa di Kelantan. Saya cuba sms bertanya kepada pengasas blog teras kayu yang terkenal tetapi beliau tak dapat memberi jawapan kerana bukan barang miliknya. Kita tengok sajalah gambar saya ambik dengan camera phone ni…..

KELAPA YANG KERAS SEPERTI BATU

PERMATA ISI KELAPA

Diharapkan arifin dalam bidang ini dapat memberi pandangan

PARANG PANJANG SELEMPANG MERAH

Untuk dimaharkan kepada collector yang berminat. Name your price and I will consider. Parang ini telah diserahkan oleh Cikgu Norlela kepada saya. Katanya parang ini milik arwah bapa beliau. Sementara yang sebilah lagi telah diserahkan waris sahabat bapa beliau setelah sahabat tersebut meninggal dunia. Jadi ketika arwah bapa Cikgu Norlela meninggal, adalah dua bilah parang ini menjadi dua beradik. Tujuan diberikan kepada saya kerana keluarganya tidak mampu menjaga parang tersebut. Sebagai tambahan parang ini bukan berasal dari Batu Pahat mahupun Sungai Manik tetapi dari Kampung Istana Alor Setar. Maknanya amalan Ayat Empat Tentera Selempang Merah menjalar dari Selatan ke Utara tanahair.

Parang Selempang Merah

TANDUK KIJANG CABANG 6

Dulu di rumah pusaka nenek saya di Samarahan setiap tiang ada tanduk rusa. Boleh sangkut baju dan sangkut songkok. Tapi sejak rumah tu dapat kat arwah sepupu saya, dah tak pernah aku nampak tanduk-tanduk tu. Ada satu ketul tunggul hanyut pun entah ke mana. Barang-barang lama yang lain pun dah tak kelihatan. Lampu pam gasolin tu pun entah ke mana.

Tanduk kijang ni saya dapat dari Kalimantan. Jangan kata aku ambik di Samarahan pulak. sejak dah ada jalanraya dan banyak estet tanaman sawit dah tak ada binatang hutan di kampung kami. Yang tinggal pun landak buah…alahai. Tanduk ni dah patah dari kepala tiruan dia. Dah tak upaya nak sambung. Baik saya buat permata cincin dan loket untuk dikongsi dengan pembaca sekalian. Hal fadilatnya masing-masing lah…kot la boleh saya buat tarik duit…duit orang yang nak beli la he he..

Tanduk Kijang