MEMUDAHKAN KELAHIRAN

Banyak sudah di perkatakan tentang kelebihan do’a Nurun Nubuwah. Antaranya ialah memudahkan kelahiran. Bacakan do’a Nurun Nubuwah ini, niat dan tiupkan ke ubun-ubun isteri ataupun orang tersayang anda. Insyaallah, Allah permudahkan.

TERAS GEMUNGGAL

Disebut juga teras kelo atau munggai mengikut dialek utara. Buahnya enak dibuat gulai bersama udang. Daunnya dibuat mandian untuk kes gangguan makhluk halus. Bukan semua pokok munggai berteras. Terasnya pulak bukan semua yang bertuah. Nak mengujinya kena lihat ia tenggelam ka timbul. Dalam 30 potongan belum tentu ada yang timbul. Nak cerita lebih-lebih khasiat teras munggai ni saya tak berani sebab takut tauhidnya lari. Sama la juga kesnya kalau kita kata kita baik demam sebab panadol. Fikirlah sendiri…. Terima kasih kepada Puan Bibi atas kiriman ini.