MINAT BARU

Secara tidak disengajakan timbul minat untuk mencuba hobi baru ini. Asalnya saya menempah parang dari seorang tukang tapi lama sangat menunggu. Di sebabkan geram saya ingat baik saya cuba buat sendiri. Kebetulan pula ramai kawan yang memberi beberapa jenis teras kayu. Saya juga berjaya dapatkan setongkol kemuning hitam dari Prof Mohd. Ramli Raman Blog Bangsa Agong. Dalam simpanan saya pun ada beberapa jenis teras termasuk tongkat teras kemuning hitam pemberian seorang pesakit saya. Dulu masa tamat perguruan silat Gerak Abu Alif, guru pernah minta kami sembilan beradik potong kayu teras manang yang beliau dapat sewaktu berkhalwat di hutan……seingat saya, saya yang dapat paling besar..adalah sebesar penumbuk budak…Mungkin sudah sampai masanya saya manafaatkan untuk dibuat batu cincin dan loket..boleh juga dikongsi dan mendatangkan hasil. Dari dibiarkan mengangkut debu…Oh ya teringat saya, gergaji lama pemotong balak pemberian kawan saya Asis dari Tuaran. Pemegang gergaji tu adalah teras nibung. Tu belum kira tiang kayu berlian dibawah rumah saya di Sarawak lagi….wah boleh jadi saudagar batu cincin teras ni.

KOLEKSI SENJATA 1

Mata parang ini sebenarnya diserahkan oleh seorang rakan kepada saya. Katanya dia sendiri hampir  terbunuh dengan parangnya sendiri. Saya sayang nak buang. Besinya pun bagus, paku rel keretapi. Saya tempah pakaian baru, berhulu sawa/ciku dan sarungnya sena hasil tangan Cikgu Mustafa SK Changkat Jawi.

 

 

 

 

 

 

 

UNTUK DIMAHARKAN: RM160.00