DUNIA ZAHIR BATHIN

Dalam seminggu ini banyak perkara yang terjadi terutamanya dalam hal rawatan. Saya lebih banyak menguruskan kes berkaitan saka dan sihir. Berbagai-bagai cara digunakan untuk transfer atau mewariskan saka tersebut. Anak cucu juga yang mendapat bahana dari perjanjian generasi terdahulu. Apa yang saya boleh katakan hanya taqarrub ilallah sahaja yang akan membentengi kita dari gejala negatif ini.

Sebagai salah satu cara membentengi dan membanteras gejala ini adalah melalui kaedah zikir yang telah saya nukilkan dalam posting Pelatihan Kaedah Rawatan Terapijiwa dalam kategori Pelatihan beberapa tahun dulu.

Bila cerita bab sihir pula, guru saya berpesan sewaktu saya menalifonnya kelmarin. Pertembungan benda-benda zahir dan bathin tidak akan mendatangkan kesan kepada fizikal. Yang hanya terkesan adalah mental dan emosi kita. Sihir hanya merosakkan perkara selain fizikal kita. Apabila emosi kita dikuasai maka sakit lah kita.

Cara mengatasinya adalah dengan kaedah ‘nafi’. Sejauh manakah kita dapat menafikan serangan-serangan yang tidak nampak. Nak tangkis dengan apa……selagi berNAFAS kita takkan terkalahkan…..