CUTI SEKOLAH 2011 DAH BERAKHIR

Assalamualaikum……

Nampaknya cuti sekolah dah pun berakhir. Guru-guru sudah mula ke sekolah untuk mesyuarat buka sekolah dan membuat persiapan kemasukan pelajar-pelajar baru untuk sesi 2012.

Sepanjang cuti sekolah yang lalu terdapat beberapa kes rawatan yang baru dan jarang saya rawati. Boleh juga dikongsi bersama kawan-kawan.

1 ) Kes rawatan jemaah haji

2 ) Rawatan santau

3 ) Kes rawatan pemancing di laut

4 ) Rawatan pendekar kalah bertarung

5 ) Rawatan pesakit jiwa

6 ) Rawatan gangguan jin selama 14 tahun

Ini adalah antara rawatan yang jarang-jarang di buat. Rawatan santau tu ada berbeza dengan rawatan santau yang lain. Nanti kita perincikan semuanya.

KEKANGAN MAYA

Assalamualaikum…

Banyak posting saya hilang kerana server provider rosak tapi depa kata computer kita ada virus….tak guna la kita langgan kat depa ni. Saya bercadang untuk tukar guna perkhidmatan lain.

Masalah perantaun di kawasan kediaman saya lagilah memeningkan. Baik lagi duduk dalam hutan Sabah & Sarawak boleh juga guna broadband.

Banyak juga kes rawatan sepanjang cuti sekolah ini tetapi semuanya macam berulang-ulang….sama seperti cerita kes-kes dahulu. Yang tervaru saya sedang cuba tolong seorang hamba Allah di Kelantan yang mengidap kanser hempedu. Malangnya ia berkaitan dengan saka. Insyaallah kalau ada belas ihsan Allah bolehlah kita tolong mudahkan laluannya.