MINYAK KELAPA HIJAU

Rasanya generasi muda belakangan ini tidak berapa kenal akan kelapa hijau ini. Memang la kelapa muda berwarna hijau tetapi kelapa hijau mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Sementelahan kelapa ini sudah hampir pupus ekoran pemodenan kampung-kampung tradisional. Tinggi sangat kelapanya takut tumbang kena rumah.

Saya sangat bertuah kerana beberapa kenalan masih menyimpan pokok kelapa ini.Merekalah yang supply saya buah kelapa yang tua untuk buat minyak dan yang muda untuk minum segar. Untuk buat minyak banyak sekali pantangannya. Antaranya tidak boleh berkata-kata sepanjang proses menanak minyak ini. Kita hendaklah mewiridkan surah al Fatihah sepanjang proses itu.

Buahnya susah nak dapat, prosesnya pun rumit. Tapi barang baik memang macam tu. Banyak sekali kegunaan minyak kelapa hijau ini antaranya yang paling terkenal nak buat minyak pengasih. Tetapi saya hanya guna untuk buat minyak urutan. Insyaallah saya akan jual minyak kelapa hijau asli dan minyak kelapa hijau yng telah didoakan untuk penyakit tertentu.

WASPADA MEMBANTU SAHABAT

Assalamualaikum….
Lamanya tak buat posting. Sebenarnya bukan tak ada cerita rawatan tetapi rutin yang sama menyebabkan saya rasa seperti menulis cerita yang sama. Apa yang berbeza semenjak saya bertukar ke Perlis ini adalah kebanyakan pesakit yang kerasukan berbahasa Siam. Perkara ini menjadi sedikit kekangan kerana saya tidak tahu berbahasa Siam. Alhamdulillah ada jiran yang memang fasih berbahasa Siam bolehlah saya minta tolong translatekan.
Cuma ada sedikit cerita sensasi yang terjadi minggu ini. Saya mendapat alamat akan ada orang meminta untuk dirawat berkenaan santau ataupun racun. Jadi saya telah meminta pertolongan rakan-rakan untuk mencari teras kemuning hitam yang terkenal sebagai penawar racun dalam rawatan tradisional. Dalam banyak-banyak rakan, seorang kawan dari Bukit Aman menyatakan beliau ada menyimpan teras tersebut.
Beliau berhasrat menghantarnya kepada saya tetapi anehnya secara tiba-tiba kayu itu hilang dari tempat simpanan beliau. Saya katakan padanya jangan lihat dengan mata kasar, salawat dan lihat dengan mata hati. Barulah beliau jumpa semula kayu itu. Anehnya beliau terasa meremang dan terganggu sedikit.
Alhamdulillah sesampai saja kiriman beliau seorang rakan sekerja meminta saya melihat keadaan suaminya yang telah lama sakit-sakit dalam badan. Sahabat ini ketakutan kerana secara tiba-tiba suaminya mencekiknya sewaktu tidur.
Balik dari sekolah saya terus singgah ke rumah mereka dan suaminya sudah menunggu. Apabila saya mula mendiagnos penyakitnya tahulah saya beliau telah disantau berdasarkan beberapa tanda. Mulanya saya rasakan sedikit saja kesan racun santau tersebut. Selepas saya tawarkan air barulah saya tahu bahawa penyakitnya sudah merebak satu dan racun santau dari jenis yang bisa.

pa260090
Ketika ini saya teringat teras kemuning yang kawan saya kirim. Saya minta air panas dari isteri pesakit dan rendamkan kayu. Selepas meminum air kayu itulah baru dia terasa perutnya bereaksi. Saya ajarkan beliau cara-cara merawat santau dengan air kelapa hijau. Selepas 7 hari minum air kelapa tu baru jumpa saya semula untuk saya buat rawatan susulan.
Sihir atau pun santau dari penyantet yang berpengalaman akan terbias juga kepada orang yang cuba membantu. Jadi kepada sesiapa yang berhajat membantu rakan perawat bentengkan diri anda. Perawat pun kena berhati-hati juga supaya kawan-kawan tak terkena.