MACAM-MACAM KISAH

logo-soultherapy3Assalamualaikum. Salam hormat pembaca budiman. Kebelakangan ini terasa malas hendak menulis kisah rawatan. Tak tau la kenapa..tapi rasanya sama saja jalan ceritanya. Sihir dan gangguan serta santau beracun menjadi kegilaan masyarakat moden. Fenomena ini semakin menjadi-jadi melibatkan seluruh lapisan masyarakat. Apa yang menyedihkan, angkara mainan syaitan bertopeng manusia ini boleh memusnahkan institusi keluarga malahan masyarakat. Banyak lagi perkara boleh di pelajari supaya kita boleh menjadi hebat…kenapa nak belajar sihir. Hairan betul. Kehebatan bagaimanakah yang kita cari? Tidakkah kita sedar kehebatan dunia hanyalah seketika.

Sepanjang minggu ini saya cuba mencari jawapan kepada persoalan ini. Asal ada orang datang berubat, saya cuba kesan puncanya. Dengki, khianat, dendam dan irihati adalah penyebab utama. Bila sifat-sifat ini bertapak dalam diri mulalah iblis dan konco-konconya menjalankan jarum hasutan. Apabila nafsu menguasai diri kita akan terpedaya dengan hasutan iblis untuk mengkhianati sesama makhluk tanpa memikirkan implikasinya…pada diri sendiri mahupun orang lain.

Sebagai contoh, si ayah yang keseorangan dan mungkin kesunyian tergamak menyihir anak sendiri serta menantunya kerana takut kehilangan kasih sayang anak. Tidak kah kita takut kehilangan kasih sayang Allah SWT. Apalah maknanya kita kawal anak padahal dalam masa yang sama kita syirik kepada Allah. Janganlah kita jatuh dalam perangkap iblis. Berhati-hatilah….

Berbezakah Tuhan dengan berbezanya geografi?

logo-soultherapy2Mudir maahad menghubungi saya kelmarin. Ada lagi ustaznya yang perlu dirawat. Tak apalah boleh la saya usahakan sekadarnya dan telah saya rawat. Pesan saya apabila kita telah mendapat ijazah dan berbaiah dengan guru maka amalkanlah. Kalau tidak kita akan diserang penyakit sebagai peringatan kerana kita lalai. Itu saja.

Apa yang lebih mendukacitakan saya adalah karenah sesetengah pendidik agama kita. Mudir maahad update saya perihal ustazah yang saya ceritakan dulu. Penyakitnya tidak juga sembuh malahan bertambah berat. Beliau mengaku apabila mengamalkan latihan zikir daun kering sakitnya terasa berkurangan. Tetapi beliau dan suaminya timbul was-was apabila saya minta dia bungkus barang saka dan menanamnya. Ustaz kata tiada dalam nas. Dan ustaz Kuala Lumpur pun kata begitu. Dan ustaz ni pula tambahkan lagi kuahnya kata takut saya top up jin dalam badan pesakit. Apa yang paling menyedihkan apabila ustazah mengeluarkan kalam…”ye lah dia orang Sarawak kan”.

Apakah maksud perkataannya itu. Adakah orang Sarawak tidak sama Tuhannya dengan orang Semenanjung?Adakah orang Sarawak tidak tahu halal dan haram? Adakah semua orang Sarawak melakukan syirik kepada Allah? Saya cuma mahu lontarkan soalan? Adakah semua orang Semenanjung bagus dan tidak melakukan kesalahan? Berapa keratkah ustaz dari Semenanjung yang ada semangat mujahadah. Patutla ramai orang pendalaman di Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian dan tidak beragama Islam. Kerana ustaz dan ustazah kita lebih selesa tinggal di bandar dari menjalankan daawah agama Allah. Macamana kita nak jawab, apabila Allah bertanya kepada orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu kenapa kamu memilih Kristian. Mereka boleh jawab kerana ustaz-ustaz tak berdaawah kepada kami malahan jijik untuk mendampingi kami.

Saya lebih salute kepada Jemaah Tabligh dalah hal daawah dari ustaz-ustaz yang makan gaji dengan kerajaan. Begitu juga halnya dalam bidang perawatan. Ada ustaz yang mengiklankan rawatan percuma di seluruh malaysia tetapi bila kita pergi dikenakan caj pendaftaran sebanyak RM55. Ada juga ustaz yang minta ribuan ringgit untuk uruskan kes saka. Dah la keluarga pesakit susah. Orang yang sakit tu nak mati pun tak boleh. Ustaz ni minta RM600 untuk pergi tengok saja. Bila merawat hampir RM4000 mesti dibayar. Itukah harga ayat Quran yang ustaz baca. Ustaz mungkin sudah beriman dan berislam tapi Ustaz belum lagi berIHSAN…….

SAYANG ANAK BOMOH-BOMOHKAN

logo-soultherapySeperti yang dijanjikan sepasang suami isteri datang berjumpa saya jam 9.30 pagi tadi. Kami bersembang-sembang sambil saya cuba selidik latar-belakang pesakit. Dah dekat nak setahun kahwin belum lagi dapat melayari bahtera malam pertama. Asal nak buat saja si suami akan berasa kesakitan yang amat sangat di bahagian belakang dan tubuhnya menjadi kejang.

Bila saya mulakan rawatan tiba-tiba si isteri kemasukan. Saya tikam tengkuknya dengan letter opener replika keris saya. Batuk tersedak-sedak seperti sesak nafas. Saya ulang-ulang bacakan Laqadja…lagilah dia kesakitan. Bila saya bacahan Nurun Nubuwah terus dia kata “sudahlah Si Alangjingga, aku dah tua biarlah aku jaga keluarga aku, kau jagalah keluarga kau”. Aik ! Tau dia nama glamer saya. Saya katakan mereka ini sudah jadi saudara saya sebab mereka ada di rumah saya.

Dapatlah saya berdialog dengan Jin Islam dari Patani ini. Inilah angkara takut kehilangan anak kesayangan. Bapa si lelaki sanggup mengilmukan anak dan menantunya sendiri. Alasan nak jaga anak. Takkan sayang anak sampai anak nak tidur bersama isteri pun gagal. Akhirnya dia mengaku ada memberi makanan sihir kepada pasangan ini dan meletakkan alatan sihir di dalam bilik tidur mereka. Saya ugut dia nak terorise rumah dia kalau dia teruskan perbuatan terkutuk ini. Kepada pasangan ini saya nasihatkan supaya bersabar dan tetap hormatkan orang tua mereka.

Saya bekalkan air tawar dan minyak mawar untuk minum dan mandi. Insyaallah dalam 7 hari kita buat rawatan ke dua. Lepas Asar nanti ada pasangan dari Sungai Ara nak datang..apa lagi la masalah. Ya Allah bantulah aku untuk membantu mereka…..