KEBATINAN @ ILMU ROHANI

logo-soultherapy3Saya menerima mesej dari seseorang bertanyakan tentang ilmu kebatinan. Saya bertanyakan beliau adakah beliau pernah mengikuti apa-apa pengajian ilmu kebatinan. Beliau mengaku pernah dan bertanyakan apakah aliran kebatinan saya. Macamana saya nak jawab ya?????

Saya jarang menyebutnya ilmu kebatinan tetapi ilmu rohani kerana ilmu-ilmu ketuhanan ini menguatkan rohani. Ilmu-ilmu ketuhanan menyedarkan kita siapa tuan siapa hamba. Dalam mendalami ilmu-ilmu ini pun saya sentiasa ingat pesan guru saya dulu….berhati-hati, jangan kau sesat di jalan makrifat.

Biar lah saya bicarakan sedikit perihal ilmu yang dikatakan kebatinan ini. Jika ada salah silap harap dibetulkan. Kita selalu membayangkan dan kerap kali terbayang tentang Ilmu Rohani ini. Sekiranya kita bernasib baik dan ada bakat semulajadi yang diberikan oleh Allah SWT bersedia serta berkesanggupan untuk turut masuk berenang di dalam kolamnya dengan mengikut cara latihan yang tertentu, rasanya akan terbongkar juga akirnay Rahsia Kekuatan Rohani yang diluar dugaan dan dapat dialami sendiri beberapa keanihan dan keajaiban yang tak terjangkau oleh pemikiran kita.

Bertambah dikawal dan dijaga garis-garis kasarnya dengan penuh cermat akan peraturannya, penuh hormatnya dan sungguh-sungguh kuat kepada ajaran Allah akan ketemulah kita betapa besarnya ilmu ini untuk kegunaan dunia dan akhirat kita. Harga nilai hidup kita akan meningkat naik sebagai hidup seorang Muslim, seorang Mukmin yang Arif akan Hakikat sesuatu di sebelah Alam Fizikal atau Alam Jasad dan Alam Mental atau Alam Fikiran ini.

” Mereka bertanya kepada engkau ( Muhammad ) ceritakan tentang Ruh, katakanlah Ruh itu adalah hanya urusan Tuhanku dan kamu tidak diberi ilmu kecuali sedikit”.

Bermakna terlalu sedikit orang yang dibukakan ke jalan Alam Rohani ini dan ada pula yang mengerti tentangnya, kalau pun dapat mengetahuinya adalah terlalu sedikit jumlahnya jika dibandingka betapa luasnya alam kerohanian ini.

Suka saya menyarankan kepada mereka yang ingin mendalami Alam Rohani agar menyelami maksud ayat Al Quran Surah an NUR ayat 35-38. Carilah di mana siang dan di mana malam serta cerita tentang menghidupkan yang mati dan mematikan yang hidup. Sesetengah ulamak menafsirkannya sebagai cerita ayam dan telur. Sedangkan bagi ahli dan pelajar ilmu rohani menafsirkannya sebagai menceritakan lapisan-lapisan ilmu rohani. Di antara diri kita yang di dalam dan diri jasmani kita yang diluar…..

PUSAT RAWATAN TRADISIONAL TERAPI JIWA

logo-soultherapy2Alhamdulillah setelah sekian lama merancang dan menimbang akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuka pusat rawatan yang akan menjadi “one stop centre” untuk penyakit non-medic khususnya untuk rawatan berkaitan sihir dan makhluk halus.

Pembinaan sudah pun bermula kelmarin. Projek yang terletak di Cantik Bangun, Tok Pulau, Perlis ini bakal menelan belanja yang agak besar juga. Tapak pembinaan berkeluasan 87″ x 120″ persegi tersebut adalah sumbangan ibu mertua saya sendiri. Diharapkan apabila terbangunnya pusat ini nanti akan menjadi tempat rawatan yang selesa, lengkap berhawa dingin dan mempunyai ruang menunggu serta bilik rawatan yang kondusif.

Saya bercadang untuk menanam beberapa jenis tumbuhan ubatan di sekitar pusat itu nanti supaya senang menjalankan urusan. Terima kasih di atas jasa baik kedua  mertua saya, isteri yang banyak memberi sokongan, rakan-rakan perawat yang banyak memberi galakan dan nasihat serta doa kedua ibubapa saya yang tak pernah putus.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan dan bekas pesakit yang memberi sumbangan dan infa’. Semoga usaha kalian diberikan ganjaran oleh Allah Taala.

dsc_01331

dsc_0135

dsc_0137

dsc_0138KELIHATAN PEKERJA-PEKERJA SEDANG MENYIAPKAN RUANG STORE DAN BILIK KHAS UNTUK MANDIAN.

TURUT KELIHATAN DI DALAM GAMBAR ADALAH SAWAH PADI YANG INDAH PERMAI DAN MENDAMAIKAN.

MACAM-MACAM

logo-soultherapy1Lupa nak update kisah nenek waris saka bomoh raja tempohari. Beliau telah kembali ke rahmatullah. Alhamdulillah tamat sudah derita beliau di dunia ni. Memang cara kematian beliau banyak menimbulkan fitnah, apatah lagi dengan tubuh yang seperti telah lama meninggal dan wajah yang mengerikan. Kita manusia yang hidup ni janganlah nak menambah dosa kita dengan sibuk nak bercerita hal orang, sedekah saja Fatihah untuk si mati, kalau setakat nak jaja cerita sensasi, esok kita mati ntah macamana pulak halnya. Sendiri mau ingat la…

Satu lagi hal la dengan rakan-rakan perawat kita ni. Begitu mudah menuduh malahan memfitnah rakan perawat yang lain. Kononnya mereka la yang lebih Islamik sementara orang lain semuanya guna jin. Adakah tuduhan itu atas dasar ilmu atau nafsu semata-mata. Di manakah letak Islam seseorang, pada kupiahnya kah.

Ingat lagi kisah ustaz dan ustazah yang saya ceritakan dulu. Memang ada saka ‘hantu raya’. Tidak syak lagi. Nak dijadikan cerita tadi mudir maahad tempat ustazah ni menalifon. Katanya ustazah ni dah semakin tenat sehinggakan tidak boleh bertemu dengan rakan ustazah yang lain, mula la nak kerasukan. Cuti raya baru ni mereka pergi berubat di ibukota. Ustaz yang mengubat kata saya tak Islamik. Balik pula ke kampung ustaz masih juga kena serangan. Ustaz yang di Perlis kata ustaz ibukota tak bagi pendinding diri. Sakitnya tetap tak kurang.

Yang terlibat dalam  kes ini semuanya orang agama belaka. Baik yang sakit maupun yang berubat. Akhirnya saya pula dikata guna jin dan topup jin dalam badan ustazah. Patut la umat Islam kita makin mundur dalam berbagai aspek. Perangai orang agama kita pun dah aneh-aneh. Saya maafkan mereka atas prasangka dan tohmahan mereka pada saya. Cuma saya nak ingatkan ustaz dan ustazah selagi prasangka, irihati dan dendam tidak dapat dikikis dari hati sanubari kita jangan harap nak dapat ikhlas dan pasrah. Selagi tiada ikhlas dan pasrah selagi itulah penyakit rohani kita tidak akan selesai.