SALAWAT TAFRIJIAH

Antara fadhilat-fadhilatnya:

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barang siapa membaca selawat ini 4444 kali akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan
akhirat.

SAKA YANG ASYIK RUPANYA

logo-soultherapy4Ingat lagi kisah ustaz dan ustazah tempohari. Ustaz terbuka hatinya untuk memanggil saya merawat isterinya. Kali ini baru Bismillah pun isterinya dah kerasukan. Patutlah rasa lain macam. Rupanya saka ‘hantu raya’ yang dah jadi syok duduk dalam badan ustazah. Patut la nampak macam makhluk berbulu…..Bila saya tanya barulah ustazah beritahu datuk dan neneknya bomoh dan menurut bapa ustazah memang ada ‘membela’. Maka saya tanya apa barang tinggalannya. Ada gelang dua utas dan cincin suasa sebentuk. Bila saya check cincin tiada apa yang aneh dan saya syak ada di gelang. Saya sarankan seminggu rawatan ni jangan la dipakai, cuba kita tengok hasilnya.

Memang tepat jangkaan saya, dalam perjalanan balik ustaz talipon beritahu isterinya boleh-boleh tak mau buka gelang tu. Saya tegaskan mesti tanggalkan….Kita lihatlah apa jadi dalam seminggu ni. Cuma pesan saya zikir nafas insan dan daun kering tu hendaklah diamalkan….

ASAM GARAM

logo-soultherapy1Kadang-kadang berbagai karenah kita jumpa apabila terlibat dalam bidang rawatan alternatif ini. Ada yang seronok dan ada juga sebaliknya. Tapi yang penting kita ikhlas dan pasrah…..

Baru-baru ini saya dijemput merawat pasangan ustaz dan ustazah. Saya datang setelah dijemput untuk melihat keadaan mereka. Ternyata si isteri ada gangguan yang sangat teruk. Memang gangguan ini sudah lama tapi sang suami cuba menafikan. Maklum saja beliau lulusan Mesir sudah tentu lebih arif.

Si suami kelihatan tergamam bila isterinya kerasukan lantas dia kata kenapa jadi lebih teruk ni. Saya terangkan padanya, sebelum ni makhluk ini ingat tak ada orang tau, sekarang ni orang dah tau- meronta lah dia.Sebenarnya saya sudah maklum situasi pasangan ini sebelum saya datang ke rumah mereka. Memang si suami keberatan untuk berubat. Ya lah ..katanya yang penting dalaman kita mesti kuat….Baguslah begitu…

Si isteri memang mahu berubat tapi terserahlah pada si suami. Jadi saya tinggalkan mereka untuk berfikir. Kalau nak saya tolong insyaallah saya tolong. Kalau nak jumpa perawat lain pun saya tak kisah. Cuma nasihat saya kenalah berubat….