SATU KEPUASAN

Hari ini pelajar yang saya uruskan ke JKM tempohari telah kembali ke sekolah. Kali ini dia datang di hantar oleh seorang bapa dan kelihatan begitu kemas sekali. Rupanya dia telah ada bapa angkat seorang arkitek dari ibukota. Lihatlah keadilan Allah Taala. Setelah apa yang dilaluinya selama ini Allah kurniakan dia limpah rahmatnya.

Apa yang saya puaskan? Menurut kata bapa angkatnya, sepanjang di pusat jagaan sementara, di hadapan pegawai-pegawai JKM malahan di hadapan hakim nama sayalah yang menjadi sebutannya. Di hadapan hakim dia berkata dia mahukan ayah seperti saya. Malahan untuk proses pengambilan anak angkat itu pun pegawai-pegawai JKM mengatakan bahawa bapa angkatnya itu adalah saudara saya barulah dia mahu ikut.

Hari ini saya puas sebagai seorang guru. Jika apa yang saya lakukan tempohari untuk menyelamatkan pelajar ini mendapat reaksi negatif dari pegawai di Jabatan kerana takut cerita ini keluar di akhbar maka risiko yang saya ambil berbaloi sekali. Tiada kata kegembiraan seorang guru melihat anak didiknya menjadi manusia berguna. Apalah gunanya nama baik jawatan kita di jaga jika seorang anak bangsa kita menjadi korban kerakusan manusia. Berapa ramai lagi anak-anak kecil di luar sana yang terbiar tanpa pembelaan. Hanya kerana peraturan yang ditetapkan manusia dan takutkan murka Bos tempat kerja kita lupa rasa tanggungjawab kita sesama manusia. Ingatan kepada manusia yang terikat tangannya, Allah SWT berfirman, “Dan bukanlah mereka yang memberi rezeki, sesungguhnya ALLAH lah yang memberi rezeki kepada kamu”.

SABAR SABARLAH

Saya rasa serba salah juga nak tulis posting kali ni tapi kalau tak cakap sampai bila nak selesai. Ni la hal kita dalam dunia perawatan ni. Macam-macam ragam pesakit kita jumpa. Kebiasaannya orang sakit mestilah nak sembuh. Itu normallah. Bila kita sakit tentu kita cari ubatnya.

Sakit yang berkaitan jin dan syaitan ni pun kira sakit juga la. Bila kita sakit tentu ada sebabnya. Kalau tak kifarat mesti sebab kita lalai. Sesetengah pesakit masih boleh berfikir tentang kenapa dia kena sakit. Bila kita cerita tentang dua perkara di atas mereka boleh terima. Dan mereka boleh terima konsep ikhlas dan pasrah yang saya selalu tekankan.

Malangnya,seringkali juga terjumpa pesakit yang terlalu membesarkan penyakitnya malahan membesarkan gangguan yang menimpanya sedangkan Rasulallah tidak menggalakkan perbuatan seperti ini malahan menganjurkan kita berzikir sehingga syaitan itu semakin mengecil sehingga sebesar lalat.

Apakah dengan berjumpa dengan seberapa banyak ‘orang pandai’ akan merungkaikan masalah kita. Masalah yang ini mungkin boleh selesai tapi insyaallah akan timbul masalah yang lain pula. Kepada siapakah kita bergantung. Adakah demam kita sembuh kerana makan Panadol atau Tuhan Panadol berkuasa menyembuhkan penyakit kita. Bolehkah sebagai orang Islam kita kata dengan sebab makan Panadol tu sakit kita sembuh……..Jaga-jaga Tauhid kita….

Seharusnya kita ingat syaitan sentiasa dekat dengan kita malahan berenang-renang dalam urat saraf kita….dengan apa kita melawannya…………tiada senjata ampuh melainkan Taqarrub Ilallah…itu yang pasti.

AWAS PERANGKAP GANGGUAN MENARA GADING

Hari ini saya mendapat panggilan dari seseorang. Beliau menceritakan anaknya mengalami gangguan setelah seminggu di Pusat Asasi universiti tempatan. Kebetulan saya di Perlis hari ni jadi saya tetapkan appointment esok.

Sebelum buka universiti hari tu pun ada juga masalah yang serupa. Yang pertama tadi selepas masuk yang ni sebelum masuk. Mungkin stress dengan suasana baru. Masa stress ni la iblis selalu main peranan lebih-lebih lagi yang jenis manja dan lemah semangat.