MANCING DAM LAGI

Hari ni budak-budak ni ajak mancing lagi. Janji nak ambik saya pukul 4 tapi dekat nak pukul 6 baru sampai. Tak apalah mancing sampai maghrib pun jadilah. Umpan tengas tak berapa ada jadi saya bawa dedak sama boleh juga main lampam. Walaupun sekejap tapi best, tak dapat toman dapat lampam pun syukur. Jadilah lauk saya anak beranak malam ni.

tengas

UMPAN TENGAS DAUN

p6250178

CANTIK LAMPAM NI

p6250182

PUCUK PISANG PUN KENA

p6250179

RAKAN2 REMAJA SAYA

PENAWAR LARA

Hari ini hujan turun dengan lebatnya di Balik Pulau sehingga ke petang. Anak murid saya ajak memancing di Empangan Teluk Bahang. Bila hujan ikan galak makan. Dapat mancing dua jam pun jadilah. Dapat toman seekor dan belida seekor, seekor lagi belida dapat main saja sebab terlucut. Balik rumah baru ambik gambar sebab hujan. Alhamdulillah rezeki.

faiz-belida

FAIZ DAN BELIDA

faiz-dan-toman

FAIZ DAN TOMAN

toman-dan-belida

TOMAN DAN BELIDA MASING-MASING SEBERAT LEBIH 3KG. SAYA LA KENA SIANG IKAN.