KASIHAN ANAK-ANAK

Sebagai seorang Guru Kaunseling banyaklah kes yang berlaku di sekolah dirujuk kepada saya. Pelajar-pelajar sekolah rendah ni pun dah banyak sangat pengetahuan am mereka. Apa akan jadi ila mereka ke sekolah menengah nanti. Kes curi, salah laku seksual, merokok dan menonton video lucah sudah seperti lumrah.

Ibubapa zaman ini sibuk mencari rezeki. Kadang-kadang lupa tanggungjawab mendidik anak-anak. Anak-anak dirumah tanpa kawalan. Merewang sampai larut malam. Bergaul dengan kawan-kawan yang entah apa-apa. Tiada kasih-sayang dirumah menyebabkan anak-anak menjadi liar mencari erti kehidupan dengan cara mereka sendiri. Anak-anak yang tidak sah taraf diabaikan. Dulu nasa sedap-sedap tak terfikir pun. Bila dah beranak tak peduli pulak pada anak tu.

Setakat mana sangat guru-guru di sekolah dapat memerhati akhlak anak-anak. Bila guru ajak berbincag dikata guru menyibuk ambil tahu hal orang. Bila guru ambil tindakan disiplin guru pula kena serang.

Ingatlah kita semua, anak-anak adalah amanah Allah. Sayangi mereka dan hargai mereka kerana doa mereka akan menyelamatkan kita dari api neraka.

ANAK MALAS SEKOLAH – Gangguan Ka Memang Malas

Sejak saya ke sekolah baru ni, dah dua kali saya melakukan lawatan ke rumah murid-murid yang dah berminggu tak datang sekolah. Murid pertama adalah murid Tahun 4. Dah dua minggu dia AWOL dari sekolah. Khabarnya pagi-pagi dia bersiap macam biasa, sampai di depan pintu rumah mula la keriau. Bapanya kata dah tak tau nak buat apa jadi saya bersama dua orang guru lain pun pergilah ke rumahnya.

Elok saja  saya tengok dia mengerekot atas katil. Bila nampak kami mula la nak nangis. Saya kata tak kira macam mana saya nak bawa jugak dia pegi sekolah hari tu. Bila dia nampak macam liat saya tiup ubun-ubunnya minta Allah lembut hati dia. Alih-alih dia bangun dan pergi bersiap. Elok saja dia kat sekolah hari ni.

Kes kedua saya pergi tadi bersama 2 3 orang cikgu lain. Yang ni mak dia kata kena jin tanah. Dah puas berubat merata. Apa nak jadi ni dah la tahun ni nak exam. Saya minta disediakan cuka dan lada, takut pulak betul ada jin tanah nanti. Bila saya ruqyah tak pula ada reaksi. Kawan saya beri dia makan lada baru dia nak termuntah. Saya tepuk-tepuk belakangnya bagi keluar semua.

Saya sediakan air ais untuk mandian dan sahabat saya mandikan dia, baru la dia nak break dance. Nasib la engkau. Lepas mandi kami bawa dia pergi sekolah. Nampak macam elok saja waktu rehat tadi di kantin. Kira boleh la angkat tangan suap nasi ke mulut.

Suka saya tekankan hal pergi sekolah ni sepatutnya tiada kompromi unless you’re hospitalised or bedridden. Kalau boleh macam biasa pergi je la sekolah. Ibubapa jangan manjakan sangat anak-anak. Sebagai tanda kita sayang anak kita paksa la dia ke sekolah.. Kalau ya pun ada gangguan jangan kita perbesarkan, lagi la besar iblis tu. Hadis nabi meriwayatkan kuda nabi pernah ditendan ibils dan terjatuh. Ada sahabat berkata ini angkara syaitan. Nabi menegahnya kerana kata Baginda bila kita berkata begitu iblis akan jadi ‘merak’ dan angkuh sebaliknya berzikirlah nanti iblis akan jadi sebesar lalat…………

Gangguan Di Rumah dan Sekolah

Saya di panggil untuk membantu menyelesaikan masalah gangguan di rumah seorang kenamaan negeri. Terasa kekok juga sebab kita selalu berubat orang kampung saja. Pada saya gangguan dalam rumah tangga ni lumrahlah. Sedangkan dalam urat darah kita pun iblis bebas bergerak, inikan pula dalam rumah. Hadith nabi kata rumah anak Adam tidak akan terganggu bila mengamalkan al Baqarah.

Gangguan sebenarnya bukan pada rumah tapi pada tubuh badan. Sebab itu Datin terasa panas di tengkuk dan terasa berat pada belakang. Saya bekalkan pati mawar untuk disapu di tengkuk dan mandian. Cara untuk membuang elemen negatif pada diri tidak ada selain dari mendekatkan diri kepada Allah. Jadi berzikir lah caranya………

Hari ini, selepas mesyuarat Majlis Guru Bimbingan ¬†Barat Daya saya singgah ke sebuah sekolah menengah agama swasta. Kawan saya minta tolong selesaikan kes rasukan pelajarnya. Bila di periksa adala saka penunggu tanah yang mereka beli untuk tapak sekolah tu, pelajar yang dua orang lagi bersaka sebab tu berlawan sakan. Cuma pelajar lelaki yang selalu kerasukan tu tak dapat jumpa sebab ibubapanya bawa balik ke rumah. Nantilah saya datang pulak. Hari pun dah nak maghrib………………………..