MERAWAT BUDAK SEKOLAH

pandanganDah lama tak post cerita rawatan. Bukan tak ada sesi cuma rawatannya rutin sahaja. Kena rasuk, isteri lari, anak degil tak mau sekolah, suami selingkuh – setiap hari sama saja kesnya. Nak tulis pun nanti ceritanya sama saja.

Sewaktu saya bawa pasukan bola sekolah friendly dengan sebuah sekolah di Balik Pulau ni, seorang kawan dari sebuah sekolah di balik sana bukit telah menalifon. Katanya Guru Besarnya minta saya datang ke sekolah mereka. Mana boleh pegi sekarang sebab tengah lawan bola. Saya meminta beliau ambil saya lepas maghrib.

Sebelum maghrib kawan ni dah tercongok depan rumah. Selepas solat kami bertolak. Kawan saya ni pun tak berapa pasti apa yang berlaku. Mengikut kawan saya ni dari siang tadi pelajar dah kena rasuk. Bukan hari ni saja malah dah berlarutan berbulan-bulan. Kes hari ni liar sikit katanya. Petang tadi tiga orang ustaz dah merawat tapi belum berhasil. Akhirnya cikgu shaari juga la yang dipanggil.

Saya ingatkan terus ke sekolah kawan saya ni rupanya dia bawa saya pergi klinik. Nak buat apa pergi klinik? Rupanya pelajar yang masih kerasukan ni ada di klinik tersebut. Di klinik saya di sambut oleh Guru Besar dan Dr. klinik tersebut dan terus di bawa ke operation roomnya. Seluruh bilik terasa berbahang walaupun aircond terpasang. Tak semena-mena kulit tubuh saya terasa pijar. Aduh selalunya yang main api masa maghrib begini…….siapa ya cuba teka. Kalau saya tulis nanti tak 1 Malaysia pulak.

Guru besar kata pelajar dah ok dan minta saya check. Saya bacakan Innahu min Sulaiman berulang-ulang seketika itu juga pelajar menjerit dan hendak mencekik saya. Terus saya pancung makrifat dan alhamdulillah dia jatuh. Saya kata saya tak mau dialog dan hendak musnahkan terus. Lantas saya ulang-ulang bacaan Waizaqila lahumuttaqu……….biar dia terhimpit macam santan kena perah. Saya dapat merasakan makin kuat dupa dibakar. Semua orang berkeringat. Saya pendekkan cerita, terus saya guna kaedah pulang balik yang Imam Wa Ali ajarkan. Nah ambik balik Jin engkau dan bara api engkau ni….

Alhamdulillah pelajar sedar dan tiada tanda kehadiran jin lagi. Saya mandikannya dengan air ais dan bekalkan air untuk di minum dan mandi. Selesai la rawatan. Alhamdulillah. Guru Besar bagitau perkara ni dah berulang-ulang dan beliau semakin buntu. Kisahnya bermula apabila terjadi perselisihan antara beliau dan pihak kuil mengenai tanah sekolah. Dari situ bermulalah episod hantar menghantar ni. Saya ingat tak apalah kalau dia minta saya tolong insyaallah saya boleh. Tapi saya tunggula kalam tu keluar sendiri dari mulut beliau. Nak tawar diri jangan sekali.

Yang nak saya tekankan disini ialah rawatan tradisional telah melangkah ke satu era baru. Saya di panggil untuk merawat di sebuah  klinik. Ini satu kerjasama yang baik. Dr. perubatan ada kepakarannya dan perawat ada pula kepakarannya tersendiri. Kalau boleh kerjasama macam ni alhamdulillah. Jangan ada prejudis.