SEKOLAH DAH BUKA

Akhirnya cuti sekolah sudah sampai ke penghujungnya. 29 Disember yang lalu mesyuarat buka sekolah sudah pun diadakan di sekolah kami. Banyak perkara yang di taklimatkan oleh pihak pentadbiran untuk memastikan kelancaran sesi persekolahan 2010 yang akan datang.

Seperti biasa saya adalah Guru Bimbingan sekolah. Tahun ini saya masih lagi guru penasihat pengakap cuma bukan lagi ketua dan bertanggungjawab untuk bukan bolasepak. Apa yang anehnya pentadbiran kata sekolah tak layak untuk Guru Bimbingan tetapi saya dilantik oleh jabatan dan masa taklimat kami diberitahu 2010 semua sekolah akan ada Guru Bimbingan tidak kira berapa jumlah muridnya….pening juga. Mana satu yang betul, kita orang bawahan ni ikut sajalah arahan.

Yang seronoknya persiapan nak buka sekolah la. Punya la seronok bawa anak-anak beli baju sekolah. Teringat masa kita sendiri nak masuk sekolah dulu. Tahun ni anak ketiga saya Saifuddin Hakimi naik Tahun Satu. Nur Syahira pula dah nak sekolah tadika. Bukan main sengih dia dibelikan kasut sekolah macam abang-abang dan kakak dia.

Cuma yang ralat sikit bagi guru-guru ni, dalam kita uruskan kemasukan anak-anak murid ke tahun satu, anak kita sendiri kita tak dapat tengok……..kesian anak kita. Itulah satu pengorbanan dari guru.