EID MUBARAK

eidmubarakSaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,

Maaf Zahir dan Bathin

kepada semua Muslimin dan Muslimat

terutama saudara mara di Sarawak, Perlis dan Sabah

serta di seluruh pelosok tanahair.

Semoga Puasa kita tahun ini diberkati dan diredhai………………….

DOA PELEMBUT HATI

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

Al Fatihah……………..

Baca Ayat di Bawah:

Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir

Baca ayat 1-5 Surah Taha

(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)

1.  Thaahaa.

2.  Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4.  Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5.  (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.


Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

ILMU MENGESAKAN ALLAH

tauhidDalam membincangkan bab kebathinan, kita tidak dapat lari dari membicarakan bab Tauhid ataupun mengesakan Alah SWT. Apabila ditanya kepada sesetengah golongan kenapa mereka hendak melibatkan diri dalam bab-bab kebathinan, ada sesetengahnya yang tidak memahami hakikat kebathinan itu sendiri. Ilmu bathin adalah lawan kepada ilmu zahir. Walau bagaimanapun keduanya saling co-related dan saling melengkapi. Dalam perjalanan kebathinan kita, apakah sebenarnya yang kita cari- kehebatan diri atau mencari Tuan Punya segala kehebatan. Meminjam kata-kata guru saya Dr. Azhar Hj. Sarip, kita selalu mencari pergantungan kepada ayat-ayat power tanpa kita tahu dan kenal serta menggantung harap kepada siapa Tuan Punya ayat-ayat power tersebut.

Sebagai pengamal ilmu kerohanian, pengamal ilmu bathin persilatan bahkan perawat-perawat Islam yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang, kita kadang-kadang lupa bahawa di sebalik kehebatan dan keajaiban yang berlaku sebenarnya menunjukkan kekuasaan Allah SWT. Kita sebagai manusia tiada daya upaya untuk menjadikan sesuatu. Segala jampi serapah bahkan ayat-ayat al-Quran itu sendiri tidak memberi bekas sebenarnya. Hanya rasa pergantungan tanpa belah bahagi kepada Allah SWT sahaja yang menentukan kejayaan sebenar.

Saya membelek-belek nota-nota lama pengajian saya bersama Pak Lang Muhammad Basir Hasan di Sungai Ramal, saya terjumpa semula nota-nota berkaitan Sifat Dua Puluh. Bab inilah yang dipelajari kami dahulu sebelum belajar bab-bab lain termasuk ilmu persilatan. Apabila kita sudah mengenal Tuhan kita barulah dapat kita mengenal diri. Inilah sumber dan inti kekuatan kita. Bertitik tolak dari ilmu ini baru kita digerakkan Allah untuk beroleh hikmah. Itu pun setelah kita mendapat kuncinya. Selagi kita masih meletakkan kehendak, kita masih berada dalam maqam nafsu yang selalu menipu kita. Apabila sudah terbit rasa kepasrahan barulah kita merasa nikmat kemanisan sebenarnya.

Insyaallah jika guru saya bagi keizinan untuk saya terbitkan nota-notanya mengenai bab ini saya akan tulis dalam posting-posting mendatang.