MERDEKA

bendera_malaysia

Hari ini 31 Ogos 2009, genap 52 tahun Malaysia Merdeka. Malam tadi balik dari airport mengambil adik saya, kelihatan ramai anak-anak muda yang saya lihat semuanya Melayu berduyun-duyun menaiki motorsikal sambil pemboncengnya membawa bendera Malaysia. Wah! Patriotiknya anak bangsaku.

Keturunan inilah yang menerajui Kesultanan Melayu beratus-ratus tahun dahulu. Keturunan inilah yang menentang penjajah Portugis, Inggeris, Jepun dan Komunis. Memang darah satria mengalir di seluruh urat saraf bangsa kami.

merdeka31Patriot-patriot muda berbondong-bondong menaiki motorsikal- nampak gagah perkasa. Disokong oleh serikandi-serikandi bangsa yang kagum dengan kegagahan pahlawan-pahlawan bangsa. Maka berkepitlah mereka berpelukan tanda sayang pada pahlawan. Diserahkan mahkota perawannya kepada pahlawan-pahlawan tanahair ini. Maka merailah mereka dengan arak dan dadah sebagai sumber kekuatan perjuangan mereka.

Sudah tentu pagi esok pekerja-pekerja majlis bandaran terpaksa kerja overtime menyapu sampah dijalan-jalan-bertimbun sampah-sarap yang ditinggalkan patriot-patriot ini. Pagi ini juga surat khabar melaporkan banyak kemalangan maut berlaku. Anak bangsaku gugur kerana kemalangan-mabuk arak, mabuk dadah. Lelaki dan perempuan berkorban kerana cintakan tanahair pada malam merdeka. Berleterlah emak-bapak anag daranya baru balik pagi ini dengan kesan gigitan rakus di leher. Kasihan mereka tercedera, cuba lihat mak ada tak lagi kesan cedera di tempat lain, di dada atau di bawah pusat. Jangan nanti sembilan bulan berlalu ada pulak cerita surat khabar, bayi dijumpai dalam tandas, dalam tong sampah, dalam longkang- semuanya waris keramat bangsaku.

Merdekanya bangsaku sekarang- semuanya sudah berani dibuat sehingga taraf rekod dunia. Halal haram entah di mana, budi bahasa apatah lagi. Tuhan berada di mana dalam diri anak bangsaku……

Ya Allah! Selamatkan bangsaku, Negaraku dan AGAMAku…….

Dirgahayu Malaysia. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN.

Haunted School 2

bomoh

Seperti yang dijanjikan 1030am saya sudah sampai disekolah tersebut. Hari ini saya bawa bersama Abang Ramli dan sepupu saya Hanafi pegawai TUDM. Di sekolah mudir telah menunggu bersama pembantunya dan dua orang warden. Bagusla ramai senang sikit kerja.

Saya mengajak semua untuk bermesyuarat di surau. Ini kita punya markas operasi. Saya memberikan taklimat kepada semua yang hadir apa langkah-langkah yang perlu diambil. Saya scan plan sekolah yang dibekalkan oleh mudir. Saya mengesan spot panas pada bangunan baru dan blok sekolah. Blok guru dan rumah mudir dikesan berkabus hitam dan panas. Sepupu saya mencuit, katanya ada spy seperti budak kecil berbaju merah didalam surau. Biarkan dia nanti dia taulah.

Saya arahkan warden untuk azan 3x disetiap blok, spray air mawar disekeliling blok dan membaling lada. Saya memantau pergerakan mereka melalui plan sekolah. Saya minta abang Ramli panggilkan anak pembantu mudir yang selalu nampak lembaga berwajah seperti orang accident teruk naik ke surau.

mata-sihirSaya mengajarkannya beberapa bacaan untuk dia kembara kesekeliling sekolah. Bila dia pejamkan mata dia terasa berpusing-pusing. Melalui mata adik ini saya dapat mengesahkan spot-spot panas yang saya scan tadi dan seterusnya mencari pusat punca gangguan. Memang saya dah agak seperti yang diilhamkan. Ini semua angkara dengki khianat dan perasaan dendam. Walaupun ada cubaan oleh penghantar untuk block pandangan adik ini saya dapat membukanya semula. Sampai kedalam rumah dia pun kita dapat lihat. Manalah dia nak sembunyi dengan ilmu hitamnya. Izin Allah mengatasi segalanya.

Saya terus pantau keadaan melalui plan sekolah. Saya keluarkan unsur-unsur negatif terlebih dahulu barulah saya pagar keseluruhan bangunan dan kawasan sekolah. Saya block laluan perjalanan sihir dan tutup pandangan penyihir supaya tak boleh nampak aktiviti dalam sekolah.

Akhirnya semua blok sekolah sudah selesai dipagar. Insyaallah Allah SWT akan bantu kita. Ini sekolah agama. Sepatutnya ditolong bukan menjadi mangsa dengki khianat.

Saya terangkan kepada mudir bahawa syaitan manusia tidak akan berhenti berusaha mengganggu. Saya minta sekolah menjalankan solat hajat 3 malam berturut-turut minta dilindungi Allah SWT. Amalkan membaca al-baqarah insyaallah semua akan pulih seperti sediakala.

Saya warning penyihir supaya tak cuba-cuba buat seperti yang dia lakukan pada saya malam tadi. Kan dah tak pasal-pasal kena penendang. Semuanya dengan izin Allah SWT. Kita hanya ada teknik dan cara, yang berkuasa hanya Allah.

Teknik saya mudah saja – jika hikmat iblis, balik ke iblis, jika hikmat jin, balik ke jin, jika hikmat manusia, balik ke manusia. Insyaallah Allah SWT akan bantu kita.

Haunted School

pengundi-hantu

Khamis lalu saya mendapat panggilan dari Pengerusi JKKK Titi Teras minta membantu rakannya di sebuah sekolah agama rakyat di Permatang Nibong. Mulanya saya faham gangguan histeria. Saya pun bergegas ke sana tapi dengan niat untuk membuat tinjauan dulu. Rupanya baru saya faham, pelajar-pelajar dan guru-guru selalu di ganggu oleh jelmaan-jelmaan yang menakutkan dan ada kalanya ditindih.

Sewaktu saya sampai di sekolah berkenaan hujan pun turun selebat-lebatnya. Utara memang musim hujan sekarang. Macamana nak buat kerja ni. Kawasan sekolah pun luas. Jadi saya bertanyakan latar belakang kes kepada mudir dan pembantunya. Dapatlah saya info serba sedikit.

Saya membuat scanning dan dapat merasakan kehadiran sosok-sosok ghaib di sekeliling saya. Ramadhan pun aktif ini barang.¬† Ilham mengatakan bahawa makhluk ini bertuan dan dihantar mengganggu. Tak apa, saya hanya baling lada putih 3 biji di setiap tempat yang makhluk tu selalu muncul. Saya minta diri pada mudir maa’had dan berjanji akan datang pagi Sabtu. Saya meminta mereka menyediakan air mawar secukupnya dan sediakan saya plan sekolah.

Saya berjanji untuk datang Sabtu pagi insyaallah……………………Panjang la cerita ni……………..bersambung la