FITNAH YANG PALING BAIK DI SISI IBLIS

iblis-ketawaTadi saya mendapat panggilan telefon dari isteri penderita sihir yang bekerja di sebuah bank yang saya cerita dalam posting terdahulu. Katanya suaminya dah angkut kain baju keluar dari rumah. Saya nasihatkannya agar terus dekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan solat sunat mutlaq. Ini adalah solat semata-mata pengabdian seorang hamba. Ketika ini kita telah menyerahkan seluruh urusan hidup kita di dunia dan akhirat kepada Allah untuk menentukannya. Kita hanya perlu pasrah dan redha menerima ketentuanNya. Bersangka baiklah dengan Allah bahawa segala ketetapanNya adalah yang terbaik bagi kita.

Balik dari sekolah tadi juga sahabat yang terlibat dalam masalah sihir rumahtangga dulu menelefon, katanya isterinya sudah fail perceraian di mahkamah pada 6 Julai ini. Mengikut katanya, siap ada orang sponsor untuk ambik peguam dan sebagainya. Kepada sahabat ini pun saya beri nasihat yang serupa.

Ya Allah sesungguhnya hamba sangat sedih kerana hari ini iblis telah menewaskan manusia. Terbayang dimataku bagaimana mereka bersorak gembira meraikan kemenangan mereka. Ya Allah selamatkan rumahtangga mereka. Bantulah mereka melawan fitnah syaitan ini ya Allah.

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulallah SAW bersabda: ” Iblis meletakkan singgahsananya di atas air kemudian memanggil semua pengikutnya. Maka orang yang paling dekat dengannya adalah yang paling besar menyebar fitnah. Kemudian salah seorang dari pengikut iblis berkata: “Aku telah melakukan seperti ini dan seperti ini,” kemudian ia berkata: “Kamu tidak melakukan apa pun.” Kemudian datang yang lain seraya berkata: ‘ Aku tidak akan meninggalkannya sampai aku boleh memisahkan antara lelaki ini dan isterinya.” Iblis lalu menghampirinya dan berkata¬†“ENGKAULAH YANG TERBAIK”. Renungkanlah……….

SAKA KELUARGA 2

setanAssalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan malam tadi saya menziarahi keluarga yang mengalami gangguan saka pada posting minggu lepas. Kali ini saya datang bersama Ustaz Norhafidz dan Abang Ramli. Saya mulakan sesi dengan bertanya perkembangan mereka selama seminggu ini.

Nenek mereka memberitahu bahawa beliau sangat berasa takut dan seperti ada orang memerhatikan ketika di rumah. Dua orang sepupu itu pula terasa panas di muka ketika rawatan mandi ais. Sepupu mereka yang kerasukan teruk minggu lalu pula terasa panas seluruh tubuh apabila mandi ais serta rasa hendak kerasukan dan sentiasa berasa berdebar-debar ketika terapi zikir dan mendengar CD. Dari perbualan tadi dapatlah difahami bahawa gangguan masih berterusan.

Setelah Istighfar, Syahadat dan Salawat 3x dan bacaan al-Fatihah saya pun mulakan ruqyah. Alhamdulillah, sehingga tamat ruqyah tiada siapa yang kesurupan. Cuma dari pemerhatian saya gadis yang kerasukan minggu lalu serta kakaknya ada sedikit gangguan. Abang Ramli mengatakan beliau nampak sesuatu bertenggek di tiang seri rumah. Saya meminta dia dan Ustaz Hafidz untuk memeriksa tingkat atas rumah dan spray sekeliling rumah dengan cuka. Apabila di periksa Ustaz Hafiz menjumpai satu ikatan kain berwarna-warni di tiang seri rumah. Serentak dengan itu suasana menjadi seram. Saya dapat perhatikan si nenek begitu gelisah apabila tingkat atas rumah diperiksa. Ada apa di atas sana ya?

Ustaz Hafidz mencadangkan ikatan tersebut di buka dan direndam dengan cuka. Selepas ini hendaklah dibuang ke laut. Setelah berpesan akan usaha yang perlu diikhtiarkan sepanjang minggu ini rawatan pun ditamatkan. Cuma saya ingin berpean kepada penderita-penderita sihir dan saka supaya menyimpan cerita tersebut dalam kelompok keluarga masing-masing sahaja. Tidak perlulah kita hebohkan kepada jiran tetangga kerana boleh menimbulkan berbagai spekulasi dan fitnah.

TAUBAT NASUHA KEPADA ALLAH

Sebentar tadi saya menerima panggilan telefon daripada ibu kepada anak yang terlibat dalam posting Jin Dari Seberang. Katanya anaknya kesurupan pulak. Anaknya menderam seperti harimau. Yang tak syoknya dia kata kelakuan anaknya itu seperti kelakuan bomoh yang pernah mengubati mereka dahulu.

shamanKali ini saya akan bercerita mengenai beberapa kesalahan yang telah dilakukan oleh penderita sihir ini. Yang pertama, mereka telah berjumpa dengan bomoh yang dengan jelas mengamalkan sihir dan berdampingan dengan jin apabila menghadapi masalah. Yang kedua, sikap suka menyalahkan orang lain tanpa melihat dan insaf kesalahan yang telah diri sendiri lakukan terhadap sesama hamba, lebih-lebih lagi terhadap Allah SWT sendiri.

Ingin saya nasihatkan kepada umat Islam yang pergi berubat dengan bomoh seperti ini adalah amat merbahaya. Apabila kita mendatangi mua,lij @ perawat, mereka ini terdiri dari 3 kategori:

1 ) Mua’lij menyembuhkan dengan al-Quran dan tidak menggunakan perkara-perkara yang tidak di benarkan syariat.

2 ) Mua’lij itu adalah seorang penipu yang hanya menggunakan dugaan, tilikan atau bisikan.

3 ) Dia adalah seorang penyihir.

Maka yang manakah yang kita akan pilih? Ini semua bergantung kepada pengetahuan kita tentang agama kita yang suci. Apakah akibatnya jika kita berubat dan berjumpa kepada mua’lij pendusta dan penyihir?

1 ) Tidak diterima solatnya selama 40 hari

2 ) Barangsiapa yang mempercayai tilikan dan penyihiran, maka dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Muhammad SAW.

3 ) Orang yang meminta pertolongan tukang sihir sebenarnya menggadaikan sisa hidupnya kepada penyihir tersebut. Maka tidak hairanlah jika seumur hidupnya dia bergantung kepada penyihir itu. Dia juga mungkin diugut akan diapa-apakan jika tidak mengikut arahan penyihir ini. Maka seumur hidupnya dia menjadi tawanan kepada penyihir tersebut.

paksu-yusuf-mat-lajimInilah malapetaka yang telah menimpa keluarga anak dalam cerita Jin Dari Seberang ini. Maka barangsiapa yang mendatangi mua’lij yang berubat denga al-Quran, dia akan mendapat dua kebaikan iaitu: kesembuhan dengan keredhaan Allah dan kedua, jika dia masih belum sembuh maka dia mendapat pahala kerana memilih jalan Allah atau pahala kesabaran atas musibah yang menimpanya. Sedangkan orang yang memilih jalan kekufuran, akan kekal dalam kerugian dalam agama mahupun keduniaan.